Aku dann Bonda

   Dalam keadaan muka yang agak keletihan sementara menunggu bukanya waktu puasa, Aku masuk ke bilik Bonda yang baru sahaja balik dari kerja. Aku lantarkan badanku ke katil Bonda yang empuk itu. Bonda masuk ke bilik air membersihkan diri. Selepas 15 minit dalam bilik air, Bonda keluar mencapai baju dan memakainyaa. Bonda terus mencapai telekung untuk solat Asar. Aku masih lagi terbaring longlai kerana kepenatan. Sesudah Bonda selesai solat, Bonda baring sebelahku. Aku yang hampir terlelap, terjaga dari tidur. Mulalahh perbualan antara Aku dengan Bonda.

Aku : Mak, Aida penatlahh. Pening ouhh -.- Lapar ~.~
Bonda : Awak nihh selalu sangat pening. Mesti masalah mata tu. Mana cermin mata ?
Aku : Alahh, ada kat bilik. Mak, Ayah balik bila ?
Bonda : Haa, tukar topik. Jumaat nihh. Aida tak call ayah ?
Aku : Ouhh, okayy. Takk. Em mak, Aida nak tanya sesuatu bolehh ?
Bonda : Apa dia ?
Aku : Dulu masa mak muda muda dulu kann, masa ada kawan dulu, mak pernah gaduh tak dengan dorang ?
Bonda : Gaduh ? Entahlahh. Mak tak ingat sayangg. Kenapa ?
Aku : Err. Takda apa. Tanya saja.
Bonda : Aida kenapa ? Ada masalah ? Gaduh dengan siapa ? Mimie ?
Aku : Ehh, takdalahh. Mandai je makk nihh.
Bonda : Wani ?
Aku : Takklahh.
Bonda : Fatin ?
Aku : Takk.
Bonda : Ifa ?
Aku : Takdalahh.
Bonda : Amalina ?
Aku : Takklahh makk -.- Aduhh mak nihh.
Bonda : Bagitahulah pada mak.
Aku : Mengantuklahh makk. *cuba menukar topik
Bonda : Taknak bagitahu mak, bagitahu pada Allah. Kalau Aida salah, Aida mintalahh maaf.
Aku : Apa mak nihh ? Takda apalahh. Okay saja.
Bonda : Mak dah lama jaga Aida. Mak kenal anak mak.
Aku : *diam, lidah rasa kelu

Tiba tiba hati jadi sedih, tersentuh dengan apa yang mak cakap. Dalam hati dah menangis. Tengah tahan yang diluar saja.

Bonda : Kalau dia kawan yang betul, dia akan maafkan Aida. Kalau sampai 2 3 minggu, 2 3 bulan tak maafkann, carilahh kawan lain. Mak tau anak mak banyak kawan, lagi lagi lelaki. Kann ? *sambil senyum nakal. Cubalahh bawa berbincang dengan dia.
Aku : *diam. Bila nak dibawa bincang dia lari, cuba mengelak, dah minta maaf. Macam mana mak ?
Bonda : Maafkan lahh dia. Halalkann makan minum dia. Apa yang Aida bagi halalkan saja. Satu hari nanti Tuhan balas apa yang dia buat.
Aku : InsyaALLAH mak.
Bonda : Dahh. Mak sayang anak makk :) Ehh, taknak berbuka ke ? *bangun dari baring
Aku : *tersenyum tapi dalam hati Tuhan saja tahu. Naklahh.
Bonda : Dahtuu. Makanan belum siap lagi. Mari tolong makk kat dapur.
Aku : Yalahh. *lantas bangun ikut mak ke dapur. 


Itulahh perbualan antara Aku dengan Bonda. Rasa lega bila Bonda kata macamtu. Bila terfikir balik, menangislahh juga. Mana taknyaa, tak tahu punca, tiba tiba sahaja masalah datang melulu. Hm. Takpalahh. Masalah selalu saja timbul, takkan pernah habis - Pn Faridah.


Assalamualaikum. Sekian.